Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu. ”Riwayat at-Tirmidzi

Wednesday 30 June 2010

~Syahadatain,Kefahaman, Kesedaran, Tuntutan, dan Praktikal~~


KEFAHAMAN


عن عمر رضي الله عنه ، قال : بينما نحن جلوس عـند رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات
يوم اذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب ، شديد سواد الشعر لا يرى عليه أثر السفر ولا يعرفه منا احد. حتى جلس إلى النبي صلي الله عليه وسلم فأسند ركبتيه إلى ركبتيه ووضع كفيه على فخذيه، وقال: " يا محمد أخبرني عن الإسلام ".

فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم الإسلام أن تشهد أن لا إله إلا الله وأن محمد رسول الله وتقيم الصلاة وتؤتي الزكاة وتصوم رمضان وتحج البيت إن استطعت اليه سبيلا).
إلى آخر الحديث........

رواه مسلم [ رقم : 8 ].

Mafhum: Daripada Umar r.a: pada suatu hari ketika kami sedang duduk bersama -sama Rasilullah tiba-tiba datanglah kepada kami seorang lelaki sedangkan ianya sangat putih dan rambutnya sangat hitam tiada di atasnya bekas-bekas perjalanan daripada debu atau lainnya,tidak ada seorang pun yang kenal dengan lelaki itu, kemudian duduklah ia pada Nabi s.aw. lalu berkata:hai muhammad, khabarkanlah kepadaku tentang Islam? jawab Rasulullah :hendaklah engkau naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan muhammad itu adalah pesuruh Allah ta'ala, dan engkau dirikan solat lima waktu, dan engkau berpuasa bulan ramadhan,dan engkau menunaikan haji jika engkau mampu berjalan kepadanya.

melalui hadith ini, tanpa sebarang keraguan jelaslah menunjukkan kedapa kita bahawa rukun islam itu lima. kalimah syahadatain...لا إله إلا الله وان محمد رسول الله pula adalah merupakan rukun yang pertama ,kedua: mendirikan solat, ketiga: mengeluarkan zakat, keempat:berpuasa, kelima :menunaikan hajidi Baitullah jika ada kemampuan menurut syara'

"inilah rukun islam yg lima, yang dengannya menjadikan seseorang manusia itu beragama islam. malah terpelihara ia dari kemurkaan Allah..jika ditunaikan rukunnya itu dengan cara yang sebaiknya serta dilaksanakan pula hukum-hukum syariatnya.

Mengucapkan dua kalimah syahadah..

syarat-syarat pengakuan lisan itu seperti berikut:
  • Hendaklah dengan perkataan أشهد atau terjemahan yang memberi erti yang sama dengannya
  • Hendalah didahulukan أشهد أن لا إله إلا الله daripada أشهد أن محمد رسول الله hendaklah bersambung berturut-turut di antara dua kalimah itu.
Jika orang yang hendak memeluk agama islam itu dari golongan orang mengiktiqad bahawa peratusan muhammad s.a.w itu khas untuk bangsa arab sahaja, maka hendaklah ia mengaku bahawa Muhammad s.a.w itu diutuskan untuk sekalian manusia. Begitu juga jika ia dari golongan yang mengiktiqad bahawa alam ini qadim, maka wajiblah pula ia mengaku bahawa alam ini baharu. begitulah seterusnya.

mengucapkan dua kalimah syahadah tidak semestinya diucapkan dalam bahasa arab sahaja, malah ianya sah diucapkan dalam apa bahasa,sekalipun orang itu pandai dalam bahasa arab. orang yang mengucapkan kalimah syahadah tanpa ada kemahuan dan kepatuhan di hati,maka ianya dikira kafir di sisi Allah S.W.T,tetapi mukmin di sis masyarakat islam.

perkara-perkara yang membatalkan syahadah...

Adalah menjadi kewajipan ke atas setiap mukmin mengetahui batas-batas dan perkara-perkara yang membatalkan syahadah atau iman itu sendiri. Boleh jadi hakikat iman itu telah wujud dalam diri seseorang, tetapi dengan tidak disedarinya beliau telah lari dari pengertian iman yang sebenar dan masuk dalam lingkungan kufur,kerana melakukan sesuatu yang menghapuskan iman.

Iman adalah satu hakikat yang bersifat kulliah yang tidak dapat dipisah-pisahkan. sepertimana firman Allah.s.w.t dalam surah Al- Baqarah:85

mafhumnya:

Apakah kamu beriman kepada sebahagian (yang lain)? maka tidak ada balasan (yang pantas) bagi orang yang berbuat demikian di antara kamu selain kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari akhirat mereka dikembalikan kepada azabnya yang paling berat. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.


Dalam surah An nisa' Allah berfirman :

Mafhumnya:

Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulnya dan tidak membeza-membezakan diantara mereka , kelak Allah akan memberi pahala kepada kepada mereka. Allah maha pengampun,maha penyayang. (ayat 152)

(orang-orang) ahli kitab meminta kepadamu (Muhammad) agar engkau menurunkan sebuah kitab dari langit kepada mereka. sesungguhnya mereka telah meminta kepada musa yang lebih besar dari itu. mereka berkata, 'perlihatkanlah Allah kepada kami secara nyata".Maka mereka di sambar petir kerana kezalimannya. kemudian menyembah anak sapi,setelah mereka melihat bukti-bukti yang nyata, namun demikian kami memaafkan mereka, dan telah kami berikan kepada musa kekuasaan yang nyata. (ayat 153).

Nas-nas ini jelas menunjukan bahawa iman dan kepatuhan itu haruslah menyeluruh. sekalipun ayat-ayat ini berkenaan orang yahudi, tetapi pengajarannya adalah umum. Ayat dalam surah Baqarah menyentuh tentang Amal manakala ayat dalam surah Nisa' menerangkan tentang iktiqad.

Dengan melihat dalil-dalil di atas, jelaslah kepada setiap mukmin tentang hakikat iman yang bersifat menyeluruh itu. menjadi kewajiapan ke atas mereka memelihara diri dan iman agar tidak tergelincir.secara ringkasnya disini ana senaraikan beberapa perkara yang denganya menyebabkan seseorang menjadi kufur atau terkeluardari islamnya.

  • Menentang syariat Allah.
Firman allah S.W.T

إن الحكم إلا لله يقص الحق وهو خيرالفاصلين

Mafhumnya: menetap hukum itu hanyalah hak Allah, dia menerangkan yang sebenarnya dan dia pemberi keputusan yang paling baik.(surah An aam:57)

ألا الخاق والأمر

Mafhumnya:Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah(surah Al a'raaf:54)

Sewaktu Allah mensyariatkan undang-undang untuk manusia menerusi Rasulnya. Allah telah mengetahui segala sesuatu yang dapat membawa kebaikan dan keburukan kepada manusia, ini bermakna sebarang penentangan terhadap syariat Allah s.w.t. bererti menentang Allah yang telah menciptanya.

Dengan ini jelas bahawa menentag,menghina peraturan-peraturan Allah s.w.t bererti menolak ketetapan dan perbuatan Allah secara keseluruhanya, sekali gus itu adalah kekufuran.

Tetapi penentangan dari seseorang yang jahil tidak mengeluarkan dari landasan islam,kecuali masih berdegil setelah memahaminya. sebagai kesimpulan, pegangan bagi setiap muslim dalam hal ini ialah meredhai segala peraturan Allah s.w.t, (سمعنا وأطعنا)

  • Menghukum dengan yang lain dari hukum Allah S.W.T
Kalimah لا إله إلا الله membawa pengertian bahawa tiada yang ditaati secara mutlak melainkan Allah . ianya akan terbatal dengan seseorang itu ingkar kepada perintah Allah, menghukum dengan hukum-hukum yang lain:-

Firman Allah s.w.t

ومن لم يحكم بما أنزل الله فأؤلئك هم الكافرون

Mafhumnya: Timbullah persoalan, apakah dianggap kafir orang-orang yang menghukum dengan hukuman yang lain dari hukuman Allah ??ada tiga gambaran yang dapat mennjawab soalan ini, iaitu:-
  1. beliau berbangga menghukum dengan hukuman yang lain serta mengakui bahawa hukuman beliau lebih baik dari hukuman Allah. Menurut ulama', Orang ini melakukan kekufuran..
  2. beliau menghukum dengan hukuman yang lain dan percaya bahawa hukumannya sedarjat dengan hukuman allah s.w.t.beliau telah melakukan kekufuran juga kerana menyamakan Allah dengan mahluk.
  3. beliau meyakini hukum-hukum Allah dan percaya bahawa mencanggahinya adalah berdosa,tetapi masih menghukum dengan hukuman yang lain, kerana mengikut hawa nafsu, menurut Ibnu Abbas r.a beliau termasuk dalam golongan kufur yang kurang dari kufur, iaitu tidak terkeluar dari islam...
  • Berkerjasama dan menolong musuh-musuh islam
  • Mempersekutukan Allah(syirik)
  • Tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu akan kekafiran mereka, ataupun membenarkan fahaman mereka, dengan demikian ia telah kafir.
  • Berpaling secara keseluruhan dari agama Allah (murtad) atau dari hal-hal yang menjadi syarat mutlak sebagai muslim tanpa mempelajarinya tanpa melaksanakan ajarannya.
firman Allah s.w.t

والذين كفروا عما انذروا معرضون


Dalam hal-hal yang membatalkan keislaman ini, tidak ada bezanya dalam hukum,antara main-main, bersungguh-sungguh atau bersenaja melanggar kerana takut terkecuali yang dipaksa. semoga Allah melindungi kita dari hal-hal yang mendatangkan kemurkaanNya dan kepedihan siksanya.

bersambung:-





Thursday 24 June 2010

~~I AM A MUSLIM~~

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya.”

Riwayat Bukhari

Huraian hadith:-

#Islam adalah suatu agama yang mulia dan ia memuliakan penganutnya.

#Buktinya Islam memberikan ganjaran yang sangat besar bagi setiap kebaikan yang dilakukan di mana kelebihan atau ganjaran ini tidak akan diperolehi dengan pengakuan mulut sahaja (mengaku Islam sahaja) tetapi hanya akan dicapai dengan mengerjakan amalan-amalan yang baik secara ikhlas dan ihsan kerana Allah S.W.T.

#Ihsan bererti mengerjakan sesuatu ibadat dan kebaikan dengan sebaik-baiknya, lengkap dengan segala peraturan serta ikhlas kepada Allah iaitu bersih dari perbuatan syirik dan sifat munafiq serta bersih daripada perasaan riya’, ujub dan sebagainya. Dengan lain perkataan ihsan itu adalah mengerjakan sesuatu ibadat seolah-olah seseorang itu melihat Allah serta menyakini bahawa Allah sedang memerhatikannya.

I Am A Muslim!!! itulah yang seringkali kita ungkapkan, adakah ianya benar-benar memberi kesan pada jiwa kita??atau....ianya hanya sekadar ungkapan yang meniti di atas bibir , atau juga ISLAM kita hanya pada nama...sepertima sabda nabi bahawa..akan sampai suatu masa nanti islam itu tidak kekal padanya hanya pada nama.

Islam!!

Islam,islam juga...berjudi,berjudi juga...Islam,islam juga...botol arak ditangan juga...realiti masyarakat kita pada hari ini. ingat!!setiap apa yang kita kerjakan akan dibalas kelak.


Firman Allah Taala dalam surah Az Zalzalah ayat 6,7 dan 8

mafhumnya:-

"pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok, untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) semua perbuatannya". (ayat 6)

"maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah,niscaya dia akan melihat(balasannya)".(ayat 7)

"Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasanya)".(ayat 8)
















Wednesday 23 June 2010

Keredhaan Kepada Agama Islam dan Nabi Muhammad SAW...

Orang yang redha dengan agama islam, redha dengan qadar dan qadha Allah Taala sepertimanya.

Firmannya dalam surah Ali Imran ayat 19:-


Mafhumnya: "sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah itu hanyalah islam"

Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 85:-

Mafhumnya :Barangsiapa yang mencari dan suka agama yang lain selain Islam. maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu).

"Aku telah rela dengan Allah sebagai tuhanku, dan islam sebagai agamaku, dan Muhammad sebagai nabi dan rasulku.."

Seseorang yang redha akan agama islam, lazimnya ia mengerjakan suruhan dan arahan Allah Taala serta menjauhi segala larangannya, menyuruh melakukan perbuatan yang makruf dan menegah yang mungkar.

orang yang redha dengan Nabi Muhammad SAW itu sebagai nabinya, lazimnya ia mencontohi perbuatan dan perlakuan Rasulullah, tidak gemar akan dunia, memaafkan seseorang yang yang melakukan kesalahan kepadanya. lantaran inilah perlakuan dan amalan Rasulullah SAW.

seseorang yang redha kepada Allah Taala sebagai tuhannya, pasti ia menyerahkan seluruh hal ehwalnya kepadanya dan meninggalkan tadbir dan ikhtiar bagi nafsunya. Seseorang yang redha dengan agama islam, mengambil dan mengamalkannya. seseorang yang redha dengan Nabi Muhammad SAW sebagai nabinya, akan menurut jalannya dan arahannya..

Ingat!!kita hidup berpijak dibumi Allah Taala, berbumbungkan langitnya, menjalani kehidupan dengan pancaindera kurniaannya,malah kehidupan kita adalah milik sepenuh dirinya. tiadalah sesuatupun berasal daripada kita, namun sukarnya kita mensyukurinya, apabila dilanda musibah asik tidak berpuasa hati dengan ketentuannya..ketahuilah, kita adalah hambanya...dan dia adalah tuhan kita~~~tiada hak untuk kita persoalkan segala takdirnya andai kita berimankanNya.














Tuesday 15 June 2010

~~ KeInDaHaN PeTrA JoRDaN~~

PETRA merupakan salah satu tempat bersejarah di Jordan. alhamdulillah diberi kesempatan menjejak kaki ke sana... terlintas difikiran untuk menulis mengenainya, mungkin ini yang ana boleh kongsikan dengan semua... segala info dalam penulisan ini diambil dari bacaan dan pengalaman semasa ziarah petra bersama sahabat-sahabat pada cuti sem lepas...ok moh kita kenali PETRA dengan lebih dekat..:)

Nabatean??ya, mungkin nama ini jarang sekali kita dengar. Nabatean bukan bahasa india atau nama suku kaum kalimantan. Nabatean adalah sebuah kerajaan semenanjung Arab. jika ditelusuri bangsa Nabatean adalah kaum Nabi Shaleh AS, yakni kaum Tsamud. kaum yang dianugerahi kemahiran dalam memahat dan mengukir bebatuan menjadi rumah dan istana-istana, sebenarnya bangsa Nabatean ini mencangkup kawasan yang luas mulai dari madian nabi Shaleh di Madinah Munawarah, Arab Saudi sampai la kawasan PETRA di Jordan dan Damsyiq di Syiria. Namun rumah-rumah batu yang lebih menonjol dijadikan kawasan wasiat itu adalah PETRA di Jordan.


PETRA merupakan salah satu harta peninggalan masa lalu yang terletak di Negara Jordan, tersembunyi disebalik batu-batu yang tinggi, Petra pemandangan yang luar biasa indahnya...

Dahulunya petra merupakan ibu kota bagi suku sakat Nabateans yang dipimpin oleh Raja Anetas IV, Raja ini memerintah dari tahun 9SM-40M. petra mengalami pertumbuhan yang pesat pada masa pemerintahan Roma yang dipimpin oleh Kaisar Trajan pada tahun 106M.





Namun pada tahun 363 terjadinya gempa bumi dahsyat yang menghancurkan banyak sekali bangunan dan sistem air yang menjadi kelangsungan hidup masyarakat kota itu,sejak itu petra mula ditinggalkan

pada tahun 1812 Petra dtemui kembali oleh penjelajah dari Swiss bernama Johann Ludwig Borekhardt kini dikenali dengan nama 'a rose- red cty half as old as time atau kota berwarna merah mawar sepanjang tahun 1985 UNESCO menobatkan petra sebagai salah satu warisan dunia. kerana kebudayaan, pembangunan dan saluran airnya yang mengagumkan, sejak 7 julai 2007 petra dinobatkan sebagai salah satu dari The New seven wonder world atau 7 keajiban baru...





Mutiara Berharga....

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya, antara wasiatnya berbunyi:-

"Barang siapa ingin meninggal dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara..."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI..
iaitu: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada..


KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT..
iaitu-mengqodhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang kita zalimi, membuat persedian untuk mati dan merasa cinta pada Allah..


KETIGA: HAK KEPADA KUBUR..
iaitu: membuang tabiat suka menabur fitnah , membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi..

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNGKAR DAN NAKIR..
iaitu: tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati..

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN(NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI AKHIRAT)
iaitu: menahan kemarahan,banyak berzikir,mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan..

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT(TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
iaitu: membunag tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah..

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK( PENJAGA NERAKA)
iaitu: menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak..

KELAPAN:HAK KEPADA RIDHWAN(PENJAGA SYURGA)
iaitu: berasa redha dengan qadha' Allah bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat...

kESEMBILAN: HAK KEPADA NABI SAW..
iaitu: berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat bergantung kepada as-sunnah(hadith)menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah..

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH..
iaitu: mengajak manusia kearah kebaikan, mencegah kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan..