Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu. ”Riwayat at-Tirmidzi

Tuesday 11 January 2011

~~Surah al-Ikhlas~~



سورة الإخلاص
بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4


(1) Katakanlah,"Dia adalah Allah,Maha Esa, (2) Allah adalah pergantungan, (3)Tidak Dia beranak dan tidak Dia piperanakkan, (4) Dan tidak ada baginya yang menyamai seseorang pun."
Bold
"katakanlah"Hai Utusanku " Dia adalah Allah, Maha Esa".

Inilah ayat yang membahaskan pokok pangkal aqidah, puncak dari kepercayaan. mengakui bahawa yang diperTuhankan itu Allah namanya.Dan tiada Tuhan lain selain Dia. Dia yang Maha Esa, tunggal,tidak bersekutu yang selain denganNya.
Pengakuan atas kesatuan atau keEsaan juga tunggalNya Tuhan dan namaNya ialah Allah , kepercayaan itulah yang dinamai TAUHID, iaitu fikiran yang suci,tulus ikhlas tidak mungkin mengatakan Tuhan itu lebih dari satu, kerana pusat kepercayaan didalam pertimbangan akal yang sihat dan berfikir secara teratur hanya sampai kepada yang SATU. Tidak ada yang menyamaiNya, tidak ada yang menyerupaiNya dan tidak pula mempunyai teman hidup. Mustahillah bagiNya lebih dari satu.kerana jika Dia berbilang maka akan terbahagilah kekuasaanNya.

" Allah adalan pergantungan"

dalam ayat ini membahaskan bahawa segala sesuatu yang ada di langit dan bumi Dia yang menciptanya, sebab itu kepadaNyalah sebaik-baik tempat pergantungan ,dan yakinlah bahawa adanya sesuatu itu atas kehendakNya.

kata Abu Hurairah: maksud Ash Shamadu ialah segala sesuatu memerlukan dan berkehendak kepada Allah, berlindung kepadaNya sedang Dia tidaklah berlindung kepada sesuatu pun.

"Tidak Dia beranak,dan tidak Dia diperanakkan"

Mustahil Dia beranak. Yang memerlukan kepada anak itu hanyalah makhluq bernyawa yang menghendaki keturunan untuk melanjutkan hidupnya.kerana jika dia meninggal,dia merasakan ada orang yang menyambung hidupnya.. Oleh sebab itu maka Allah S.W.T mustahil bagiNya memerlukan anak. sebab Allah terus hidup,tidak akan pernah mati. Dahulunya tidak ada permulaan dan akhirnya tidak ada kesudahan. Dia hidup dan kekal terus tanpa memerlukan anak untuk melanjutkan atau menyambung kekuasaannya sebagaimana seorang raja yang meninggalkan puteranya.Dan Dia,Allah itu tidak pula diperanakkan. Tegasnya tidak berbapa.

"Dan tidak ada baginya yang menyamai seseorang pun."

sekiranya dikatakan Dia beranak, tandanya Allah itu mengenal waktu tua. Dia memerlukan anak untuk menggantikan kekuasaanNya. Dan sekiranya dikatakan Dia diperanakkan, tandanya Allah itu pada mulanya masih muda iaitu sebelum bapanya mati. jika dikatakan dia berbilang,ada bapa dan ada anak ,tetapi kedudukannya sama.fikiran sihat akan mengatakan bahawa "keduanya" akan sama-sama kurang kekuasaannya.Jika ada dua yang sekedudukan,sama tinggi pangkatnya,sama kekuasaannya atas alam, maka tidak ada fikiran sihat yang dapat menerima bahawa keduanya itu berkuasa muthlaq. Tuhan itu ialah yang muthlaq kuasanya,tiada terbahagi, tiada pula menyerupai seseorang,tiada gandingan ,tiada bandingan dan tiada pula tandingan.


Imam Ghazali, didalam kitabnya "Jawahir al-quran" kepentingan al- Quran itu ialah ma'rifat terhadap Allah dan ma'rifat terhadap hari akhirat juga ma'rifat terhadap Ash- shirathal Mustaqim...ketiga ma'rifat inilah sangat penting.Adapun yang lainnya adalah pengiring-pengiringnya.surah ini, megandungi satu dari ma'rifat yang tiga ini. iaitu ma'rifatullah, dengan membersihkanNya, mensucikan fikiran dengan mentauhidkanNya