Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu. ”Riwayat at-Tirmidzi

Friday 2 July 2010

~~Hedonisme~~


Daripada Thauban r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda, "Hampir tiba satu masa di mana seluruh bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan talam hidangan mereka"

maka salah seorang bertanya,"apakah kami sedikit ketika itu??"

Jawab baginda s.a.w,"bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir"

"Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati -hati kamu penyakit wahan"

seorang sahabat bertanya" Apakah wahan itu wahai Rasulullah??"

Nabi lalu menjawab"Cintakan pada dunia, takut pada mati

(Riwayat abu Daud)

Hedonisme satu barah yang sedang menyerang masyarakat dunia pada hari ini, barah yang terbentuk daripada 'sel-sel kenser'kerakusan manusia yang hanya mahukan kesenangan dan kenikmatan dunia sebagai juadah dan santapan harian untuk meneruskan kelangsungan hidup di muka bumi Allah ini. sedar atau tidak, barah yang sedang merebak dan berada pada tahap yang kritikal,menyerang beribu-ribu pemuda pemudi sejagat.

"Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada ku"(Az Zariyat:56)

Kisah Dunia Hari ini...

siapa sangka, anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sewaktu kecil dahulu kini menjadi api yang marak menyala menghamburkan kepanasannya kepada bonda dan ayahanda, memercikkan tempias kederhakaan kedapa ibu dan ayah.

Bukan sekadar itu, muncul Akademi Fantasia, Audition, One in a Million seakan-akan menjadi satu daya penari buat- anak-anak muda sekarang untuk mencuba nasib dalam rancangan fantasi berkenaan.konon mengatakan, pencarian bakat dalam bidang tarian dan seni suara anugerah Ilahi,maka tidak harus dipersiakan sewenang-wenangnya anugerah istimewa ini. Nah terimalah, pengakuan anak-anak yang lahir di tengah-tengah pembangunan sebuah negara Islam!!Islam hanya pada nama....

Renung sejenak,bilangan anak luar nikah yang lahir hasil XX dan XY mencecah ribuan angka. politik wang makin berleluasa di kalangan pekerja koler biru mahupun koler putih, Jenayah sosial di kalangan anak muda makin menjadi-jadi. si anak terus hanyut dengan permainan 'zulumat' dunia ini manakala si ayah leka dengan pertaruhan politik dunia yang seakan-akan telah pudar warna keadilannya. Nah, rasakan penangan HEDONISME!!

Muslihat Barat..

Sedarkah kalian,muslihat barat ibarat bayangan-bayangan dalam kelam. Nampak di hadapan berbalam-balam cahaya, namun awas, cahaya itu belum tentu menunjukkan sinar ilahi buat kita semua. Inilah hasil perancangan dan propaganda kerajaan Barat Yahudi...
sejarah telah membuktikan bahawa penjajahan Portugis ke atas tanah melayu berdasarkan 3G (Gold,glory dan God ). semuanya berpaksikan kepada kepada keduniaan. GOD bermaksud tuhan. mereka berusaha mengajak masyarakat mendalami kristian kerana mereka mengkaji bahawa jiwa manusia mudah dilentur dang pengisian jiwa yang berbentuk rohani dan keagamaan. Namun kita semua masih belum sedar, lena dibuai dengan semua agenda palsu barat yang berjaya mengaburi mata dan minda kita untuk mengejar keduniaan yang hanya sementara. Lihat sahajadi alam maya tika ini, berjuta-juta laman web porno dihasilkan, hasil cetusan idea keji Yahudi untuk membinasakan umat Islam sejagat.

Lantas, jari telunjuk kiri diangkat,menuding membuta tuli tanpa usul periksa terhadap orang lain, menuduh bahawa isu moral ini datangnya daripada pihak-pihak berwajib. Hasilnya , habis-habisan pemerintah. Apabila dianalisa kembali, hanya picisan peratus sahaja layak diberikan kepada golongan pemerintah...sering dipersalahkan jua bahawa punca sebenar datangnya daripada institusi kekeluargaan yang tidak kukuh. si ibu dan ayah sibuk dengan aktiviti seharian sehinggakan tanggungjawab di rumah terabai. anak-anak kurang kasih,hilang punca . persoalan siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini sebenarnya tidak perlu dipersoalkan. kelak jadi huru hara dan akhirnya masyarakat terus berada dalam kepincangan dan kekusutan. tiada titik penyelesaian yang tetap.

Muhasabah Diri..

selayaknya, najis yang telah mencemarkan maruah islam secara khususnya ini harusnya dipertanggungjawabkan ke atas kita semua. Segalanya berpunca daripada hati. Hati yang penuh dengan noda mazmumah sememangnya susah untuk menyerap kalam-kalam Ilahi apatah lagi jika hati itu tidak diasuh dengan bimbingan nurani sedari kecil lagi. Rawatan hati dengan bisikan kalimah agung Ilahi beserta dos-dos tambahan yang sesuai untuk merawat penyakit ini..moga suatu hari nanti, institusi kekeluargaan yang goyah bakal dijulang kembali dengan tema mawaddah wa rahmah dan institusi pemerintahan negara model Islamik terus memperjuangkan perlembagaan Islam yang syumul warisan Rasulullah s.a.w.

"KITA AKAN BERASA SEMPIT APABILA KITA MEMIKIRKAN KITALAH YANG MEMULAKAN MENGAKHIRI DAKWAH INI...TETAPI apabila kita memikirkan kita ini hanyalah satu mata daripada MATA-MATA rantai yang panjang ..kita akan bergembira dan semangat..untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang akan menyambung perjuangan kita ..dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah generasi PEMUDA.." (syed Qutb)



No comments:

Post a Comment