Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu. ”Riwayat at-Tirmidzi

Wednesday 21 July 2010

~~Bertudung fesyen atau tuntutan~~??

Bertudung adalah kewajipan bagi setiap wanita!!

firman Allah S W T dalam surah Al Ahzab:59

Wahai Nabi!katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,"hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka"yang demikian itu agar mereka lebih dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. dan Allah maha pengampun maha penyayang.

sekadar hiasan

"Akan muncul dalam kalangan umatku diakhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid.wanita-wanita mereka (isteri n anak-anak perempuan) berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat) di atas kepala mereka pula (wanita)terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai , oleh itu laknat mereka semua, sesungguhnya mereka adalah wanita yang terlaknat.

(hadith riwayat Ahmad-jilid 2 ms 223)

Rasulullah bersabda:-Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia ,golongan yang membawa cemeti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga wanita-wanita yang berpakai seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok,pada mereka ada suatu seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini.

(hadith riwayat Muslim no 212)"



gambar sekadar hiasan...

berdasarkan kepada firman Allah dan hadis di atas,jelas menunjukkan bahawa menutup aurat itu wajib ke atas wanita islam..salah satu tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh wanita islam adalah bertudung..andai hukum ditolak!!ingatlah wahai wanita!! bukan hukum perdana menteri!!bukan hukum buatan sendiri!!tapi hukum dari ILAHI yg kita tolak!!!

walaupun benar sepertimana yang kita ketahui dan kita perhati pada hari ini,wanita dan fesyen itu memang tidak dapat dipisahkan,Bagaikan lagu dan irama...begitu jugalah wanita dan fesyen. Namun begitu, perlu diingat wahai wanita!! "DIRIMU BEGITU BERHARGA". Adakah bertudung itu kerana fesyen??atau tuntutan??...

ya,fesyen tudung gayanya berubah dari zaman ke zaman seiring dengan arus kemodenan. Dek kerana dunia semakin moden,fesyen makin kehadapan,tuntutan dipermudahkan..jika kita tonton di kaca televisyen makin hari makin banyak iklan yang mempromosikan pelbagai jenis tudung..semuanya kelihatan cantik di mata wanita tetapi adakah ia bertepatan dengan kehendak syarak?? Begitu juga di tempat-tempat membeli belah pasti ada dijual pelbagai jenis tudung seperti tudung bawal,tudung Dato K, tudung siti,tudung Ekin,tudung Yuna dan banyak lagi...yang terkini dan terhangat dipasaran adalah tudung ala arab syria..Trend wanita sekarang yang suka memakai tudung ala arab, yang kononnya nampak cantik bila dipadankan dengan sanggul tinggi.kata sebahagian mereka yang berambut pendek, tidak menjadi masalah untuk mereka menggayakannya kerana sanggul palsu boleh dibeli dipasaran.apa salahnya untuk nampak cantik..janji kita masih lagi memakai tudung.lancang berbicara, mengeluarkan kata-kata seperti itu,ingatlah wahai WANITA...fikirkan dulu sebelum berbicara,fikirkan dulu sebelum bertindak!!ingat kembali apa matlamat sebenar anda bertudung!!tidak salah jika mahu berfesyen.. semuanya terletak atas diri anda sendiri untuk mencorakkannya..tetapi teliti dulu sebelum berfesyen agar fesyen itu bertepatan dengan tuntutan yang telah digariskan olah syariat, iaitu jenis kain tudung mestilah tidak jarang dan mestilah melepasi paras dada..Islam itu agama yang cantik dan mudah jika kita selaminya.



gambar sekadar hiasan.....


Rasulullah S A W menegaskan sabdanya.

"wanita itu aurat, apabila ia keluar sentiasa menjadi hasutan serta gangguan syaitan
(at Tarmizi)"


hadith ini menyeru kita supaya menutup aurat..kerana aurat itu menunjukkan tanda murahnya,andai dipamerkan ke khalayak ramai. apabila seseorang wanita meninggalkan rumahnya dalam keadaan tidak menutup aurat, maka akan timbullah bibit-bibit fitnah terhadapnya.

justeru itu, tuntutan terhadap perintah menutup aurat itu melambangkan kepada wanita beriman, beriman pula merupakan pakaian HATI, tidak sempurnalah andai seseorang itu beriman tetapi tidak menutup aurat, kerana menutup aurat itu adalah tuntutan kepada JASAD yang beriman,sekiranya hati rela dengan pendedahan samada pendedahan itu nipis atau ketat serta singkat!! bermakna hati itu sudah dinodai dengan kehendak nafsu syaitan yang sangat jauh dari sinar iman.
Wallahua'lam...






[



No comments:

Post a Comment