Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu. ”Riwayat at-Tirmidzi

Tuesday 3 August 2010

~Syahadatain,Kefahaman, Kesedaran, Tuntutan, dan Praktikal siri 2~~

~syahadatain,kefahaman,kesedaran,tuntutan dan praktikal..

*TUNTUTAN DALAM PRAKTIKAL..

قال صلى الله عليه وسلم: أبغض العباد إلى الله من كان ثوبه خير من عمله أن تكون ثيابه الأنبياء وعمله عمل الجبارين

mafhumnya: "Orang yang paling dimurkai Allah s.w.t ialah orang yang pakaiannya adalah baik dari amalannya, yang mana pakaiannya adalah pakaian nabi-nabi dan amalannya adalah amalan pembesar yang angkuh"


Hadith ini benar-benar memberi pengajaran kepada setiap orang islam yang ingin menurut jejak langkah Rasullullah S.A.W,. iaitu pengajaran yang dilahirkan dari keimanan didalam hati, menjadi aqidah yang sebati,yang timbul daripada amalan-amalan yang sebenar.

sesungguhnya lidah yang tidak bertulang itu amat mudah untuk berkata,bercakap dan berucap. Begitulah juga dengan anggota -anggota manusia yang senang digerakkan, anggota-anggota ini terlalu mudah melakukan sesuatu. Namun, hendaklah diingatkan bahawa amalan-amalan islam itu mestilah disusuri dengan keimanan.

Oleh itu, adalah menjadi satu hikmah yang besar dan pengajaran yang perlu diambil,di mana apabila Allah s.w.t. berfirman di dalam kitabNya,firman itu ditujukan kepada orang-orang yang beriman.

أن الذين آمنوا وعملوا الصالحات

mafhumnya:" sesungguhnya orang-orng yang beriman dan beramal soleh"

Dalam ayat diatas Allah tidak menyebut "wahai orng-orang beriman " sahaja,dan Allah S.W.T. juga Allah tidak menyebut "wahai orang-orang yang beramal" sahaja tetapi disertakan "iman dan amal" dimana iman dan amal adalah merupakan dua perkara yang sebati tidak dapat dipisahkan di dalam menghayati Islam dan di dalam melaksanakan perintah Allah S.W.t.

Atas dasar ini maka para ulama' Islam telah menyertakan dengan beberapa pengertian tetapi yang ditetapkan oleh ulama' hadith dan fiqh adalah lebih tegas lagi lengkap. Mereka berpendapat bahawa Iman ialah:-

Kesimpulan ta'arif (pengertian) ini menegaskan bahawa Iman adalah tercipta padanya tiga perkara, iaitu kepercayaan hati,pengakuan lidah dan amal dengan anggota.

Dengan demikian, nyatalah bahawa orang-orang yang beriman hendaklah ia menjadi orang yang beramal, kerana amalnya membuktikan keimanan . jika tidak, Imannya semata-mata perasaan dan cita-cita belaka yang menyenangkan hatinya, bahawa dia seorang yang beriman dan berharap akan mendapat kurniaan Tuhan,sebagaimana yang dikatakan oleh Hassan Al- Basri

ليس الإيمان بالتحلى ولا التمنى , ولكنه ما وقر في القلب وصدقه , من قال حسنا وعمل غير صالح رد الله على قوله, ومن قال حسنا وعمل الصالحا رفعه العمل

* Antara tuntutan-tuntutan Iman.

1. Berjihad pada jalan Allah
Firman Allah s.w.t:-

الذين آمنوا يقاتلوا في سبيلالله والذين كفروا يقاتلوا في سبيل الطاغون

mafhumnya: "orang-orang yang beriman, mereka berperang di jalan Allah ,dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Taghut"( suranh An Nisa':76)

Firman Allah lagi dalam surah As soff :14

mafhumnya: " wahai orang-orang yang beriman! jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Marya telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, siapakah yang akan penolong-penolongku (untuk menegakkan agama Allah?) pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata "kamilah penolong-penolong agama Allah , "lalu segolongan bani israil beriman dan sebahagian yang lain kafir ,lalu kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh -musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang."

2. Merubah kemungkaran

3. Istighfar@ memohon keampunan

Istighfar yang dilantunkan lidah dan taubat adalah dengan menjauhkkan hati dan anggota dari mengerjakan dosa. kedua-duanya istighfar dan taubat,bekerjasama dalam satu haluan dan cita-cita untuk mendapat keampunan

Dan Rasullullah s.a.w mengajar kepada sayyidina Abu Bakar untuk dibaca dalam istighfar iaitu:-

اللهم إني ظلمت نفسي ظلما كثير ولا يغفر الذنوب إلا أنت فاغفرلي مغفرة من عندك فار حمني إنك أنت الغفور الرحيم

*Amal Jama'ie

Bekerjasama untuk menegakkan ajaran Islam itu merupakan tugas keagamaan. Kita wajib memulai kehidupan menurut Islam dan kewajipan ini tidak dapat dilaksanakan tanpa membentuk jamaah.Oleh yang demikian, membentuk jemaah bagi memulai gerakkan Islam hukumnya menjadi wajib.

Dalam al-Quran dan Sunnah begitu banyak perintah kaum muslimin bersatu, tolong -menolong dalam satu barisan @ soff. Antara ayat-ayat al-Quran dan hadis yang berhubng dengan tuntutan tersebut.

firman Allah s.w.t dalam surah Ali Imran:7

ولتكن منكم امة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر واولئك هم المفلحون

mafhumnya: " Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orng yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat)yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang yang beruntung."

Firman Allah s.w.t dalam surah Al Maidah :2

وتعاونوا على البر والتقوى

Dan tolong-monolong lah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa.


Akhirnya marilah sama-sama kita menuju ke arah penghayatan tuntutan keimanan ini dengan mengikhlaskan niat semata-mata menuntut keredhan di sisiNya....INSYAALLAH.




No comments:

Post a Comment