Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu. ”Riwayat at-Tirmidzi

Saturday 28 August 2010

~PUASA ITU MEMPERLIHATKAN PENGHORMATAN KEPADA RAMADHAN~


Begitu pantas masa berlalu, ramadhan yang di tunggu kedatangannya kian hampir meninggalkan kita, semoga ramadhan yang berbaki ini sama-sama kita manfaatkan sebaiknya.Tanya pada diri apa khabar Iman kita ??sihat? atau sebaliknya.Iman kita di ibaratkan seperti ombak di pantai...yang kadangkalanya pasang dan surut..namun begitu,jangan kita biarkan ianya terus hanyut di pukul ombak yang membelah pantai. jika hp yang kita gunakan selalu dicas betrinya,begitu juga dengan Iman kita perlu dicas sentiasa supaya ianya terus hidup dalam diri kita.

Orang yang menghormati bulan yang mulia ini hendaklah menghormatinya sebagaimana Allah s.w.t. telah menghormatinya. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menghormatinya dan memuliakannya dengan difardukan di dalamnya ibadah puasa.

firmannya dalam surah Al- Baqarah :183

mafhumnya: "wahai orang-orang yang beiman ! telah di wajibkan ke atas kamu puasa sepertimana di wajibkan ke atas orang-orangyang sebelum daripada kamu. mudah-mudahan kamu bertaqwa"

Dalam kitabnnya yang agung Allah s.w.t merakamkan ayat yang berbunyi" يأيها الذين ءامنوا " wahai orang-orang yang beriman",kerana sesungguhnya merekalah yang akan melaksanakan tuntutan Allah, tidak di katakan"يأيها الناس" wahai manusia" kerana mungkin sebahagian daripada mereka tidak akan melaksanakan perintah Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. dalam surah An Nur:51-52

mafhumnya: "Hanyasanya perkataan orang-orang yang beriman apabila mereka diseru kepada Allah dan RasulNya supaya dihukum antara mereka, bahawa mereka akan berkata : K"ami dengar dan kami patuh." mereka itulah orang-orang yang berjaya. Barangsiapa yang taat kepada Allah serta memelihara diri dari maksiat, mereka itulah orang-orang yang menang"

Firman Allah s.w.t "كتب عليكم الصيام" diwajibkan ke atas kamu puasa "maksudnya difardukan,maka seorang muslim itu tidak ada pilihan samada untuk berpuasa atau tidak. Tidak ada istilah namanya "saya bebas" kamu seorng muslim maka segala perintah Allah adalah diterima sebagai satu tanggungjawab. Allah memerintahkan kepada kita dengan perintah berpuasa maka wajiblah keatas kita berpuasa.


F'irman Allah S.w.t

كما كتب على الذين من قبليكم " sepertimana diwajibkan keatas orang-orang terdahulu sebelum kamu " maksudnya kewajipan puasa itu adalah satu kefarduan yang telah ditetapkan ke atas umat-umat terdahulu, tetapi Allah telah meringankan kepada kita.

Bagaimana??????

untuk renungan kita, Umat terdahulu berpuasa dalam ertikkata menahan diri daripada makan, mimum serta bercakap, maka orang yang berpuasa tidak boleh bercakap selama ia berpuasa...Allah s.w.t telah meringankan kita dan inilah kelebihan yang Allah anugerahkan kepada kita. Di akhir surah Al Baqarah Allah s.w.t telah berfirman.

mafhumnya:"Wahai tuhan kami, janganlah engkau pikulkan keatas pundak-pundak kami pekerjaan-pekerjaan yang berat sebagaimana engkau telah pikulkan ke atas pundak orang-orang sebelum kami. (al Baqarah 186)

para wanita yang tidak mampu menahan diri dari bercakap-cakap maka hilanglah pahala puasa mereka pada syariat umat-umat terdahulu ...Allah s.w.t. telah menceritakan tentang Maryam Binti imran dengan firmanNya:-

mafhumnya: "maka sekiranya engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: sesungguhnya aku telah bernazar kepada yang maha pemurah akan berpuasa dan tidak akan berbicara dengan manusia pada hari ini"


Waulau bagaimanapun, Alhamdulillah di dalam syariat Nabi Muhammad s.a.w., percakapan tidak menafikan puasa selama mana ia di dalam kebaikan. firman Allah S.w.t.

mafhumnya: "Diwajibkan keatas kamu berpuasa sepertimana telah di wajibkan keatas orang-orang yang sebelum daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa"

Oleh itu, puasa di kira sebagai jambatan atau wasilah, yang kita gunakan untuk sampai ke perhentian TAQWA. TAQWA itu ialah takut kepada Allah..

TAQWA...tidaklah semudah mulut yang menuturkannya..tetapi,perlukan mahar yang tinggi untuk mendapatkan syurga ALLAH..


HUBUNGAN TAQWA DENGAN PUASA..

Ramai orang yang bertanya, Adakah terdapat kaitan di antara puasa dan taqwa????

ya,memang terdapat kaitan antara keduanya. Puasa adalah suatu kefarduan yang tiada seorang pun mengetahuinya melainkan Allah s.w.t sahaja samada kamu melakukannya atau meninggalkannya. Ibadah sembahyang contohnya,orang ramai melihat kamu dan sememangnya kamu sedang menunaikansembahyang. Begitu juga dengan Ibadah zakat,orang ramai dapat melihat kamu ketika kamu membayar zakat ,sekurang-kurangnya orang yang menerima pemberian zakatmu melihat mu. Ibadah haji juga begitu, orang ramai melihat kamu ketika kamu melaksanakan Al Manasik(ibadah haji yang kamu laksanakan dengan tulus ikhlas). Bagaimanapun bagi ibadah puasa ia terhindar dari seumpama itu itu. maka Allah s.w.t sahaja mengetahui apakah kamu berpuasa atau tidak, meskipun jika ada seseorang yang bertemu dan duduk bersamamu tanpa makan dan minumdari subuh sehingga maghrib, belum tentu kamu mampu untuk memastikan samada ia berpuasa atau tidak.

Mengapa?????

kemungkinan ia tidak pernah berniat untuk berpuasa, sementara niat itu tempatnya di hati. seandainya ia tidak pernah berniat untuk berpuasa maka ia tidak dikira berpuasa sekalipun ia tidak makan dan minum. Berniat untuk berpuasa di bulan Ramadhan adalah dituntut a berpuasa sebaliknyapula bagi puasa sunat, maksudnya jika seorang itu berpuasa selain bulan ramadhan maka harus (boleh) baginya berniat sebelum tiba waktu zohor selama ia tidak makn sesuatu sejak dari terbit fajar maka ia boleh meneruskan puasanya dalam keadaan sempurna pada hari itu. Bagaimana pun tidak pada bulan ramadhan, hendaklah ia berniat terlebih dahulu di malam hari sebelum terbit fajar di keesokkannya.

ramadhan yang sama...tetapi natijah yang berbeza..
moga ibadah puasa yang kita lakukan bukanlah dek kerana tibanya ramadhan semata-mata, kerana Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. tetapi, biarlah ibadah puasa yang kita kerjakan semata-mata kerana Allah yang maha Esa..baru kita ketemui kelazatan dalam berpuasa..IsyaAllah..

selamat menyempurnakn ibadah puasa...Ramadhan Kareem! Allahu Akram...













No comments:

Post a Comment