Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu. ”Riwayat at-Tirmidzi

Monday 13 December 2010

~~aDaB- aDaB MeLaKsAnAkAn KeTaAtAn~~



Ketahuilah bahawa perintah Allah itu ada yang
fardhu (wajib) dan ada yang sunnat. yang fardhu ialah modal iaitu asas perniagaan, dan dengan modal ini kita akan selamat. Sedangkan yang sunnat itu adalah keuntungan dan dengan keuntungan itu kita mendapat beberapa darjat kelebihan .



Rasulullah S.A.W bersabda:-

mafhumnya:-

"Allah S.W.T telah befirman (di dalam hadith qudsi) tidak ada sesuatu cara yang lebih sesuai untuk hambaKu menghampirkan dirinya kepadaKu dengan seumpama mereka melakukan ibadat yang Aku fardhukan ke atas mereka. Dan sentiasa seorang hamba menghampirkan diri kepada Aku dengan menambah amalan yang sunnat-sunnat (setelah mereka melakukan yang fardhu) sehingga Aku mencintainya, maka apabila Aku telah mencintainya maka Akulah pendengaran yang ia mendengar dengannya dan Akulah penglihatan yang ia melihat dengannya ada Akulah lidahnya yang ia bercakap dengannya dan Akulah tangan yang ia menyentuh dengannya dan Akulah kakinya yang ia berjalan dengannya.."(Hadith riwayat Bukhari)


Terus, kita sebagai hambanya tidak dapat melaksanakan segala perintah Allah S.W.T kecuali dengan menguasai hati dan seluruh anggota pada setiap masa dan nafas kita bermula dari pagi sampailah ke petang...

Ketahuilah bahawa Allah S.W.T itu mengetahui segala yang ada di dalam hatimu dan Dia menilik segala yang ada pada zahir dan batinmu. Dan Dia mengetahui segala masamu, lintasan hatimu dan segala langkah-langkahmu dan segala diammu dan gerakmu. Dan sama ada engkau bergaul dengan orang ramai atau engkau duduk bersendirian, sebenarnya engkau sentiasa di dalam pemerhatian Tuhanmu..Maka tidak diam sesuatu yang diam di alam "Mulk" (alam yang nampak oleh manusia) dan alam "Malakut" (alam yang tidak nampak oleh manusia) dan tidak bergerak segalanya kecuali Tuhan yang menguasai sekalian langit dan bumi itu melihat dan mengetahuinya sepertimana Firmannya dalam surah Al- Mukmin, ayat 19.

mafhumnya:-

"Dia (Allah) mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati"

mafhumnya:-

"Allah mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi lagi"

Maka dengan itu, jagalah adab-adabmu di hadapan Tuhanmu, baik zahir mahupun batin seperti beradabnya seseorang hamba yang hina yang banyak kesalahan di hadapan seorang raja yang gagah perkasa...dan bersungguh-sungguhlah engkau menjaga adab sehingga Tuhanmu titak melihat engkau ditempat yang dia larang dan jangan sampai engkau tidak ada di tempat yang dikehendakiNya kehadiranmu...dan engkau tidak akan mampu berbuat demikian kecuali bila engkau aturkan masamu dengan baik dan engkau susun wiridmu (bacaanmu) dari waktu pagi hingga ke petang...kerana apa yang disuruh olehTuhanmu bermula dari engkau bangun tidur (di waktu pagi) sampai kepada engkau kembali semula ke tempat tidurmu pada hari yang berikutya.



perkongsian dari kitab Bidayatul Hidayah...
semoga dapat faedah bersama...selamat beramal..:)








No comments:

Post a Comment