Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu. ”Riwayat at-Tirmidzi

Tuesday 15 June 2010

Mutiara Berharga....

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya, antara wasiatnya berbunyi:-

"Barang siapa ingin meninggal dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara..."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI..
iaitu: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada..


KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT..
iaitu-mengqodhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang kita zalimi, membuat persedian untuk mati dan merasa cinta pada Allah..


KETIGA: HAK KEPADA KUBUR..
iaitu: membuang tabiat suka menabur fitnah , membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi..

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNGKAR DAN NAKIR..
iaitu: tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati..

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN(NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI AKHIRAT)
iaitu: menahan kemarahan,banyak berzikir,mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan..

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT(TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
iaitu: membunag tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah..

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK( PENJAGA NERAKA)
iaitu: menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak..

KELAPAN:HAK KEPADA RIDHWAN(PENJAGA SYURGA)
iaitu: berasa redha dengan qadha' Allah bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat...

kESEMBILAN: HAK KEPADA NABI SAW..
iaitu: berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat bergantung kepada as-sunnah(hadith)menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah..

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH..
iaitu: mengajak manusia kearah kebaikan, mencegah kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan..




No comments:

Post a Comment