Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu. ”Riwayat at-Tirmidzi

Thursday 24 June 2010

~~I AM A MUSLIM~~

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya.”

Riwayat Bukhari

Huraian hadith:-

#Islam adalah suatu agama yang mulia dan ia memuliakan penganutnya.

#Buktinya Islam memberikan ganjaran yang sangat besar bagi setiap kebaikan yang dilakukan di mana kelebihan atau ganjaran ini tidak akan diperolehi dengan pengakuan mulut sahaja (mengaku Islam sahaja) tetapi hanya akan dicapai dengan mengerjakan amalan-amalan yang baik secara ikhlas dan ihsan kerana Allah S.W.T.

#Ihsan bererti mengerjakan sesuatu ibadat dan kebaikan dengan sebaik-baiknya, lengkap dengan segala peraturan serta ikhlas kepada Allah iaitu bersih dari perbuatan syirik dan sifat munafiq serta bersih daripada perasaan riya’, ujub dan sebagainya. Dengan lain perkataan ihsan itu adalah mengerjakan sesuatu ibadat seolah-olah seseorang itu melihat Allah serta menyakini bahawa Allah sedang memerhatikannya.

I Am A Muslim!!! itulah yang seringkali kita ungkapkan, adakah ianya benar-benar memberi kesan pada jiwa kita??atau....ianya hanya sekadar ungkapan yang meniti di atas bibir , atau juga ISLAM kita hanya pada nama...sepertima sabda nabi bahawa..akan sampai suatu masa nanti islam itu tidak kekal padanya hanya pada nama.

Islam!!

Islam,islam juga...berjudi,berjudi juga...Islam,islam juga...botol arak ditangan juga...realiti masyarakat kita pada hari ini. ingat!!setiap apa yang kita kerjakan akan dibalas kelak.


Firman Allah Taala dalam surah Az Zalzalah ayat 6,7 dan 8

mafhumnya:-

"pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok, untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) semua perbuatannya". (ayat 6)

"maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah,niscaya dia akan melihat(balasannya)".(ayat 7)

"Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasanya)".(ayat 8)
















No comments:

Post a Comment