Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu. ”Riwayat at-Tirmidzi

Monday 6 December 2010

~~HiJraH PeRtaMa DaLaM IsLaM~~

Setelah Rasulullah s.a.w melihat penyiksaan puak Quraisy terhadapnya dan penderitaan pengikut baginda yang amat sangat, baginda tidak sanggup lagi untuk melindungi mereka maka Baginda sendiri mengemukakan pandangan supaya umat yang kecil bilangannya itu berhijrah ke Habsyah kerana rajanya ketika itu tidak bersifat kejam. Kaum muslimin pun menerima baik pandang Rasulullah itu lalu mereka pun berhijrah beramai-ramai untuk melindungi diri di sana.. Di antara mereka yang turut sama adalah:-

Uthman bin Affan dan isterinya, Ruqaiyah puteri Rasulullah S.a.w. , Abu Huzaifah dan isterinya, Al-Zubir bin Al-Awwam. Mus'ab bin 'Umair dan Abdul Rahman bin Auf . Jumlah kesemuanya lebih kurang dalam 80 orang.

Bila puak Quraisy melihat kejadian ini mereka terus mengirimkan perutusan ke hadapan Najasyi maharaja Habsyah yang terdiri daripada Abadullah bin Abi Rabi'ah dan Amru bin Al Ash. Perutusan ini membawa cenderamata yang banyak kepada maharaja dengan harapan yang Najasyi akan menghalau semua orang islam dari Habsyah dan menyerahkan kembali mereka kepada seteru Islam iaitu pihak Quraisy..

Tujuan mereka membawa hadiah-hadiah dan ganjaran yang banyak itu ialah untuk menawan hati Najasyi dan dengan itu beliau akan menyerahkan kepada mereka orang-orang Islam.Tetapi Najasyi enggan menyerah sesiapapun melainkan sesudah bersoal jawab tentang agama baru yang mereka anuti itu..Orang Islam pun masuk ke hadapan Najasyi di mana dua orang utusan quraisy berada di samping Najasyi , raja Habsyah.Najasyi pun meminta dari orang Islam supaya menerangkan tentang diri mereka dan agama baru mereka itu.

Ja'far bin Abi Talib pun bangun dan berucap " ke hadapan maharaja, sebenarnya kami ini d masa-masa dahulunya iaitu di zaman jahiliyyah menyembah berhala, memakan bangkai,melakukan kejahatan,berperang , berkelahi,yang kuat menganiaya yang lemah, sehinggalah Allah mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari kalangan kami juga. Beliau itu memang terkenal dengan kejujuran , amanah,suci pekerti dan utusan Allah itu menyeru kami supaya bercakap benar,bersifat dengan sifat yang terpuji,jujur,ikhlas dan beramanah,menyeru kami menyembah Tuhan yang Maha Esa dan meninggalkan penyembahan berhala ,berbaik-baik dengan jiran tetangga, meninggalkan kejahatan dan peperangan yang berlarutan serta segala sesuatu yang keji, seruannya tadi kami terima dengan baik.segala yang dibawanya kami percaya sepenuhnya tetapi kaum kami termasuk dua orang utusan ini menyiksa dan menekan kami supaya kami balik semula kepada agama yang lama.semoga dapat kami berlindung di sini jauh dari penyiksaan dan kezaliman.

sekali lagi Najasyi meminta supaya mereka membentangkan tentang apa yang dibawa oleh utusan Allah tadi daripada Tuhannya. Ja'far bin Abi Talib sekali lagi bangun dan membacakan ayat-ayat yang pertama dari surah Mariam...

setelah mendengarnya Beliau menangis sehingga airmata mengalir membasahi dan janggutnya, lalu eliau berkata sesungguhnya apa yang kau baca tadi dengan apa yang dibawa oleh isa alihissalam adalah dari sumber yang sama..."selepas itu beliau berpaling kepada dua orang utusan quraisy dan berkata: beredarlah kamu dari sini dan sekali-kali aku tidak akan menyerahkan mereka...

sebagai percubaan yang terakhir untuk menggoda Najasyi mereka menegaskan yang orang-orang Islam yang datang ke sini mengecam Isa dan Maryam. Sekali lagi Najasyi menyoal orang Islam tentang pandangan Islam terhadap Isa dan Maryam....Buat pertama kalinya Ja'far menjawab dengan katanya: "Tentang Isa dan Maryam pada pandangan kami dan orang-orang Islam seluruhnya seperti mana yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W...Isa itu adalah seorang hamba Allah setelah dimasukkan roh dan kalimatnya ke dalam jiwa maryam wanita yang suci...

Najasyi pun menunjukkan persetujuan dan sependapat dengan apa yang dikemukakan Oleh Ja'far..Najasyi menyerah kesemua kembali hadiah yang dipersembahkan kepadanya dan sebaliknya ia bertambah mesra dengan orang-orang Islam dan lebih berazam untuk melindungi mereka ...Utusan Quraisy itu pulang diburu kegagalan.

setelah beberapa lama mereka tinggal di Habsyah di bawah perlindungan maharajanya maka sampailah berita kepengetahuan meraka yang penduduk makkah telah memeluk Islam, dan dengan pengkhabaran tersebut tanpa berlengah mereka berundur dari Habsyah pulang ke makkah....tetapi alangkah buruk padanya setelah mereka tahu berita itu adalah palsu. Sungguhpun yang demikianitu mereka terpaksa masuk makkah secara sulit dan bersembunyi agar tidak diketahui oleh pihak Quraisy dan sebahagianya yang lain pila memasuki kota makkah dengan meminta perlindungan dari beberapa pembesar Quraisy, antaranya ialah: Uthman bin Mz'un dibawah perlindungan Al-Walid bin Al-Mughirah dan Abu Salmah dibawah perlindungan Abu Talib...Adapu jumlah yang pulang ke makkah pada masa itu 33 orang.




1 comment:

  1. Assalamualaikum admin, mohon share informasi ini

    ReplyDelete